Search Product Here

Wednesday 22 October 2014

Kesalahan dalam diet yang buat anda tak kurus-kurus!!



Dah diet tapi tak kurus-kurus??
Jom baca...


Terlalu kerap menimbang badan
Menimbang berat badan dengan terlalu kerap mungkin boleh mengundang kekecewaan apabila tidak berjaya menurunkan berat badan dalam masa yang di inginkan. Apabila tidak dapat mencapai target, anda mungkin akan cenderung untuk tidak meneruskan diet anda dan terus berputus asa.



Memilih jus daripada buah
Biasanya kita membuat jus buah dengan membuang hampasnya. Sebenarnya hampas buah itu kaya dengan nutrisi dan vitamin, serta ia melancarkan sistem pencernaan tubuh badan yang diperlukan oleh tubuh kita. Jadi, makan buah-buahan segar dengan hampasnya adalah lebih baik untuk mendapatkan nutrisi sepenuhnya.
Pada hampas ada serat buah yang tinggi. Manfaat serat pada hampas ini juga hampir sama, iaitu membantu proses pencernaan dan membersihkan saluran pencernaan. Guna penapis untuk mendapatkan serat buah segar semasa kita membuat jus untuk diminum.
Menambah gula atau susu pada jus seeloknya tak perlu lagi, sebabnya ia akan menaikkan kadar gula anda dengan ketara. buah segar itu sendiri sebenarnya sudah ada kandungan gula semula jadi. Jadi, makan buah lebih elok dari minum jusnya.



Tidak mengambil sarapan
Orang yang mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan biasanya berasa lebih baik sepanjang hari. Melewatkan sarapan pagi boleh meletakkan badan anda dalam mode kebuluran, menyebabkan badan anda untuk menyimpan makan berikutnya sebagai lemak.


Banyak duduk
Apabila anda banyak duduk,anda akan berasa malas untuk bergerak. Kurang aktiviti pergerakan membuatkan akadar metabolisme anda juga lemah. Jadi makanan yang anda makan lebih cenderung menjadi lemak.


Kurang tidur
Sebenarnya, apabila kita kurang tidur, hormon dalam badan kita akan terganggu. Hormon tersebut adalah hormon leptin dan hormon ghrelin.Apabila kita kurang tidur, badan kita akan mempunyai hormon leptin yang sangat sedikit dan hormon ghrelin yang sangat banyak.
Hormon Leptin berfungsi dalam kawalan selera makan, metabolisme badan dan pembakaran kalori. Leptin akan beritahu otak kita bila kita kenyang, dan bila kalori boleh mula dibakar. Ia juga beritahu otak kita bila masa sesuai bila tenaga diperlukan oleh badan.
Ketika tidur, paras hormon Leptin meningkat, memberitahu otak kita yang kita banyak tenaga dan tiada rasa lapar dan tiada pembakaran kalori berlaku. Apabila kita kurang tidur, hormon Leptin akan jadi sangat sedikit dan menyebabkan otak kita fikir kita tak cukup tenaga. Otak memberi signal yang kita lapar dan juga merendahkan kadar metabolisme badan.



Meninggalkan makan malam
Rasulullah SAW melarang kita untuk meninggalkan makan malam. Tidur dengan perut kosong adalah sesuatu yang tidak sihat. Pengambilan makan malam juga akan memastikan aktiviti penghadaman dan pencernaan kita berfungsi dengan lebih baik. Tapi,jangan terlalu berat sangat ye.dan jangan tidur selepas makan.sekurang2nya dua jam lepas makan baru blh tidur.


Tidak menguyah makanan dengan baik
Apabila kita menguyah makanan, air liur akan dirembeskan, maka makin basah makanan yang akan dibawa ke dalam perut.
Tidak menguyah makanan dengan baik akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadam dan dicernakan dengan baik.dan akan tersimpan sebagai lemak apabila lambat dicernakan dan dihadam.



Kurang penggunaan tandas
Lebih kerap anda menggunakan tandas (buang air besar), lebih cepat berat badan anda turun. Jadi gunakan selalu supaya badan anda berasa ringan, dan segar.





No comments:

Post a Comment